Pengenalan Pulau Pangkor


Kami disini menawarkan percutian yang menarik dan pelbagai perkhidmatan diantaranya :
::= Tempahan Hotel =::
::= Sewa motorsikal dan basikal =::
::= Snorkling dan round island =::
::= Tiket feri ke Pulau pangkor =::


Feri ke Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan yang selesa ,cepat dan selamat..perjalanan. ..Feri dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 1/2 jam perjalanan....ia mungkin menjadi pengalaman permulaan untuk anda melihat pemandangan laut dalam perjalanan anda ke Pulau Pangkor..

::= Tambang Feri =::
::= Tambang Feri bagi dewasa RM 10.00 =::
::= Tambang Feri bagi kanak-kanak RM 5.00 =::

Teksi van berwarna pink ini sedia memberi perkhidmatan bagi anda untuk anda ke hotel atau chalet di Pulau Pangkor..anda juga boleh bersiar mengelilingi Pulau dan melawat tempat2 yang menarik….teksi van ini boleh memuatkan sehingga 8 org muatan ...
Harga tambang teksi dibawah tidak termasuk harga cuti sekolah / cuti umum dan muatan lebih dari 6 org

::= Tambang Teksi Van=::
::=Tambang 1 teksi ke Pasir Bogak RM 10.00 ::=
::=Tambang 1 teksi ke Teluk Nipah RM 20.00::=


Perkhidmatan motorsewa dan kereta sewa juga disedia kan bagi pelancung yang tidak mahu menaiki teksi van dan ingin melihat sendiri pemandangan dengan lebih dekat lagi.,ia mungkin menjadi pengalaman indah buat kenangan anda bercuti di Pulau Pangkor...helmet disediakan.
Harga sewa motosikal dan kereta dibawah tidak termasuk harga cuti sekolah dan hari cuti umum.

::= Tambang Motosikal dan Kereta=::
::=Harga sewa sebuah motorsikal RM 30.00 ::=
::=Harga sewa sebuah kereta RM 80.00::=


Sungai Pinang Kecil


Hentian Feri di Jeti Sungai Pinang kecil hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk penduduk pangkor dan meneruskan perjalanan ke Jeti Pangkor untuk para pelancung ,di Jeti sumgai Pinang Kecil anda akan dapat melihat banyak sampan dan bot para nelayan berlabuh,jika anda berkesempatan anda akan dapat melihat nelayan memunggah tangkapannya kedarat.

Pekan Pangkor

Apabila Feri dari Lumut sampai di jeti Pulau Pangkor ,anda boleh bersiar-siar di pekan Pangkor,ada bermacam jualan yang disedia kan untuk parapelancung ,baju Pangkor mungkin menjadi salah satu kemestian untuk anda buat kenangan melancung di Pangkor ini dan begitu juga ikan satey pulau Pangkor yang sedap dan popular disini,,untuk peringatan anda dinasihat kan membeli belah sewaktu mahu pulang untuk mengelakkan anda membawa barang banyak.

Pasir Bogak

Pasir Bogak adalah distinasi pertama untuk anda di Pulau Pangkor..hotel dan apartment yang mempunyai kemudahan kolam renang dan disco boleh didapati.Disini mempunyai pantai yang cantik dan damai...di Pasir Bogak terdapat bermacam kedai menjadi pilihan anda seperti chinese seafood ,kedai makan melayu dan kedai cenderamata.

Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah adalah distinasi kedua bagi anda di Pulau Pangkor,,terdapat banyak chalet yang akan menjadi pilihan anda dengan harga yang berpatutan . terdapat banyak kedai makan/ikan bakar ,kedai baju dan cenderahati dipersisiran pantai .. Teluk Nipah menjanjikan kepuasan bagi anda yang gemarkan aktivi air seperti bermain jet ski, bermain kayak,menaiki banana boat , berenang dan bermacam lagi..anda juga boleh menyewa bot untuk round island dan kepada yang berminat snorkeling bolehlah kePulau Giam sebuah Pulau yang mempunyai air jernih dan kaya dengan batu karang yang unik..ia berhadapan dengan Teluk Nipah.



Copyright (c) 2008 Fendi™ ® Interactive Inc. All rights reserved.
Administrator